𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝟏𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Telah berlangsung dengan jayanya Persidangan Badan Berkanun Malaysia 2026 yang bertemakan “𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧𝐮𝐧 & 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐨𝐫𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧”, sebuah platform strategik yang menghimpunkan para peserta di sektor awam serta badan berkanun di seluruh negara.
Persidangan anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh sinergi antara agensi dan organisasi, memacu agenda inovasi, mempertingkat daya saing ekonomi, serta memperkasakan modal insan ke arah pembangunan negara yang mampan dan berimpak tinggi.

Majlis perasmian persidangan ini telah disempurnakan dengan penuh penghormatan oleh 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐦𝐨𝐨𝐝 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐜𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.






Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan sinergi antara Badan Berkanun dalam mengoptimumkan tadbir urus, memacu kelestarian ekonomi, serta memastikan setiap polisi yang dirangka memberi impak maksimum kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua panelis, penceramah, moderator, peserta, dan urus setia yang menjayakan persidangan ini.
