Latar Belakang
Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 14 April 1984 dan Yayasan Amanah Latihan Berkanun (YALB) pula di bawah Undang-undang Kecil Persatuan Badan Berkanun Malaysia.
Visi
“Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan kerjasama strategik,mempertingkatkan pembangunan modal insan berkualiti melalui program latihan dan aktiviti bersepadu, serta memupuk komuniti dinamik melalui aktiviti sukan dan sosial yang menyokong aspirsasi Badan-Badan Berkanun di Malaysia ke arah kecemerlangan”
Misi
Berusaha merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama yang erat serta pertukaran kepakaran dengan bertujuan mempetingkatkan mutu perkhidmatan Badan-Badan Berkanun di Malaysia
Melaksanakan program dan aktiviti Pembangunan Modal Insan yang bersepadu menjurus kepada pembentukan pegawai dan kakitangan yang berdaya saing, berdaya maju dan berkualiti untuk menjadikan warga kerja kelas pertama
Mewujudkan pelbagai bentuk aktiviti sukan dan sosial supaya dapat mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta mempereratkan lagi silaturahim yang telah wujud