KEJOHANAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA
KEJOHANAN SUKANUN 2023
Pelaksanaan Sukan Persatuan Badan Berkanun (SUKANUN 2023) telah berjaya dianjurkan pada 3 hingga 10 September 2023 bertempat di UiTM Kampus Arau, Perlis Indera Kayangan. SUKANUN 2023 dikelolakan oleh Jawatankuasa Kecil Sukan & Rekreasi PBBM bagi penggal 2022-2024 yang merangkumi 10 agensi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Sukan Negara (ISN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
KEJOHANAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA
KEJOHANAN SUKANUN 2019
Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2019 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 19 – 26 Julai 2019 bertempat di sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya. SUKANUN dikelola oleh 9 agensi iaitu Universiti Teknologi MARA(UITM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) , Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). 63 organisasi telah mengambil bahagian dan melibatkan 5,175 atlit bersama 739 pegawai yang mewakili 63 kontinjen badan berkanun seluruh Malaysia yang melibatkan 23 acara sukan yang dipertandingkan
KEJOHANAN SUKAN PANTAI BADAN BERKANUN
KEJOHANAN SUPANUN 2022
Kejohanan Sukan Pantai Badan Berkanun (SUPANUN) 2022 telah diadakan pada 13-16 Oktober 2022 melibatkan 30 agensi yang bertanding dengan penyertaan lebih kurang 900 orang peserta. Sebanyak enam acara sukan yang dipertandingkan iaitu bolasepak. bola jaring, tarik tali, sepaktakraw, bola tampar dan petanque.
SUKAN BADAN BERKANUN VIRTUAL EDITION 2.0 2022
SUKANUNVE 2022
SUKANUN VE 2022 telah diadakan pada 21-23 Jun 2022 melibatkan 33 agensi yang bertanding dengan penyertaan lebih kurang 600 orang peserta. Sebanyak tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu Mobile Legend, PUBG dan FIFA 2022.
KEJOHANAN GOLF PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA
KEJOHANAN GOLF 2024




Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
KEJOHANAN GOLF PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA
KEJOHANAN GOLF 2022
Kejohanan Golf Persatuan Badan Berkanun Malaysia telah diadakan pada 13 Mac 2022 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey telah lancar dan jayanya.