Bandar Baru Bangi, 4 Jun 2025 β Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Mohamad Fairol Saliken sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PBBM, berkuat kuasa mulai 10 Jun 2025.
Pelantikan ini menandakan satu lembaran baharu dalam usaha PBBM untuk memperkukuh peranan sebagai sebuah badan induk yang menaungi dan menyatupadukan agensi-agensi badan berkanun di Malaysia. Dengan pengalaman luas Encik Mohamad Fairol dalam bidang pengurusan organisasi, pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan , PBBM yakin beliau mampu membawa pembaharuan yang dinamik serta memperkukuhkan lagi keberkesanan tadbir urus persatuan.
βPelantikan Encik Mohamad Fairol merupakan langkah strategik dalam memastikan kesinambungan kepimpinan yang progresif. Kami percaya beliau akan memacu visi PBBM ke arah memperkasa peranan badan berkanun dalam pembangunan negara.β
Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) ditubuhkan sebagai platform kolaboratif antara badan-badan berkanun di Malaysia dengan objektif untuk memperkukuh kerjasama strategik, memperjuangkan kebajikan ahli, serta menyokong pembangunan profesional dalam sektor awam. PBBM turut menganjurkan pelbagai program seperti latihan pengurusan, kursus profesional, aktiviti kebajikan dan jaringan kerjaya untuk meningkatkan kompetensi dan integriti badan berkanun negara.
Kini, dengan keahlian yang merangkumi lebih 60 agensi, PBBM terus komited dalam memainkan peranannya sebagai pemangkin kecemerlangan sektor badan berkanun.
Seluruh warga PBBM merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohamad Fairol dan mengalu-alukan kepimpinan beliau dalam meneruskan misi dan visi persatuan ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

