Mesyurat Agung Luar Biasa Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Cyberjaya, 27 Januari 2025 – Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bertempat di Bilik Mesyuarat Bendahara, Aras 1, Menara Hasil, Cyberjaya. Mesyuarat penting ini bermula pada jam 10:30 pagi, dengan kehadiran penuh semangat oleh para wakil badan berkanun dari seluruh negara.

EGM ini diadakan sebagai platform rasmi untuk membincangkan pelbagai agenda kritikal berkaitan struktur pentadbiran, pelarasan perlembagaan dan hala tuju strategik PBBM pada tahun 2025.

Yang Dipertua Persatuan, dalam ucapan pembukaan beliau, menyeru semua ahli untuk terus mengukuhkan kerjasama dan menyumbang secara aktif dalam pembangunan persatuan. Beliau menegaskan bahawa EGM ini bukan sekadar prosedur perlembagaan, tetapi medan penyatuan suara dan tindakan kolektif demi kepentingan bersama seluruh warga badan berkanun.