𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐁𝐁𝐌

Sepanjang minggu lalu, pihak Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah mengadakan beberapa kunjung hormat serta sesi perbincangan strategik bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBBM bagi memperkukuh jalinan kerjasama dan meneroka peluang sinergi pelbagai dimensi.

🔹 18 Julai 2025 – Pertemuan bersama 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐃𝐫. 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐢𝐛 @ 𝐒𝐚𝐡𝐢𝐛𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, Yang Dipertua PBBM merangkap Canselor UiTM, serta 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐲 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐢𝐥 𝐉𝐞𝐫𝐞𝐦𝐲 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, Bendahari PBBM dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN) di Wisma BSN, Kuala Lumpur. Sesi ini menumpukan kepada perbincangan menyeluruh mengenai perancangan aktiviti PBBM bagi separuh tahun ke-2 2025

🔹 23 Julai 2025 – Sesi pertemuan bersama 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐀𝐛𝐮 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐪 𝐛𝐢𝐧 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, Naib Yang Dipertua PBBM dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Ibu Pejabat LHDNM, Cyberjaya, menyentuh beberapa perkara penting termasuk perancangan kunjung hormat rasmi, penglibatan dalam program luar negara serta jemputan sebagai panelis persidangan akan datang.

PBBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian dan sambutan mesra daripada semua pihak yang terlibat. Sokongan serta komitmen yang diberikan menjadi asas penting dalam merealisasikan agenda kerjasama strategik demi manfaat bersama dan pembangunan berimpak tinggi.