𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 (𝐏𝐃𝐂)

Bayan Lepas, Pulau Pinang, 13 Jun 2025 – Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh hubungan antara agensi dan menyemarakkan semangat khidmat masyarakat dalam kalangan badan berkanun.

En. Mohamad Fairol bin Saliken, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PBBM telah disambut mesra oleh wakil Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, En Zulkifli bin Ismail (Pengurus Bahagian Koporat dan Komunikasi), di Ibu Pejabat PDC. Kunjungan ini telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Khidmat Masyarakat PBBM yang diterajui oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS), melalui kehadiran wakilnya, TPr. Affendei bin Samingan (Pengarah Jabatan Pembanggunan dan Masyarakat)

Pertemuan ini turut menyentuh aspek perancangan sumbangan kebajikan sempena penganjuran program Treasure Hunt PBBM 2025, yang menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan sosial dalam kalangan Ahli. Sempena kunjungan tersebut, dua orang kakitangan PDC daripada kumpulan B40 telah menerima sumbangan kebajikan sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kebajikan warga agensi.

PBBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan keterbukaan pihak PDC dalam menjayakan usaha bersama yang bersifat inklusif serta berimpak sosial tinggi. Inisiatif seperti ini diharap dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama dalam kalangan Ahli-Ahli Persatuan Badan Berkanun Malaysia.