Latar Belakang PBBM

Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 14 April 1984 dan Yayasan Amanah Latihan Berkanun (YALB) pula di bawah Undang-undang Kecil Persatuan Badan Berkanun Malaysia yang bertujuan seperti berikut:-

  • Merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara Badan-badan Berkanun di Malaysia khususnya ahli-ahli agar dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan keperluan semasa.
  • Mempertingkatkan dan menggalakkan kemajuan dalam bidang pengkhususan pentadbiran, pengurusan dan latihan. Untuk tujuan ini Yayasan Amanah Latihan Berkanun diwujudkan bagi membantu dan menyelenggarakan kursus-kursus jangka pendek, seminar, bengkel, syarahan dan lain-lain media latihan serta pelajaran dalam semua bidang pengurusan.
  • Yayasan Amanah Latihan Berkanun hendaklah diurus dan ditadbirkan oleh Jawatan- kuasa Persatuan Badan Berkanun Malaysia yang dilantik dibawah "Perkara XI Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan Badan Berkanun Malaysia".

JAWATANKUASA TERTINGGI

Ahli Jawatankuasa akan dipilih (kecuali Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat) dengan cara mengundi oleh ahli-ahli biasa dalam Mesyuarat Agung untuk memegang jawatan selama tempoh 2 tahun. Jawatankuasa yang dipilih adalah bertanggung- jawab ke atas semua pentadbiran hal ehwal Persatuan.

Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk membua t sebarang peratur an atau kaedah mengenai pentadbiran atau perjalanan Persatuan dan Yayasan.

Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menggabungkan Persatuan dengan Pertubuhan-pertubuhan lain mengikut syarat -syarat yang difikirkan sesuai.