Keahlian Biasa

Badan Berkanun dan Perbadanan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Undang-undang yang berkuatkuasa boleh memohon menjadi ahli dengan permohonan untuk menjadi Ahli Biasa dan dihantar kepada Setiausaha dan kepada Jawatankuasa untuk mendapat kelulusan. Ahli Biasa hendaklah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai lain yang dilantik olehnya secara bertulis dari masa ke semasa.

Keahlian Biasa Persatuan Badan Berkanun Malaysia sehingga tahun 2018 adalah sebanyak 96 organisasi.


Keahlian Gabungan

Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya membenarkan mana-mana Badan Berkanun yang ditubuhkan, syarikat atau pertubuhan untuk turut menjadi Ahli Gabungan Persatuan mengikut syarat-syarat yang sesuai. Ahli gabungan berhak menerima faedah daripada Persatuan dan juga turut serta dalam kegiatan atau aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan, tetapi Ahli Gabungan tidaklah mempunyai hak mengundi dalam hal ehwal Persatuan. Sehingga tahun 2018, ahli gabungan adalah sebanyak 3 organisasi iaitu :

  • Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM)
  • Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
  • TH Travel & Services (THTS)

Keahlian Kehormat

Ahli Jawatankuasa Persatuan berhak memilih mana-mana organisasi untuk melantik Ahli Kehormat. Ahli kehormat tidak perlu menjelaskan yuran masuk bayaran atau yuran tahunan dan tiada hak bersuara dalam hal ehwal Persatuan dan tidak bertanggungan atas hutang Persatuan. Sehingga kini, tiada lantikan yang dibuat untuk jawatan ini.


Pemegang Amanah

Pemegang Amanah tidak boleh mengeluarkan atau memindah milik sebarang harta benda Persatuan tanpa persetujuan dan kuasa Mesyuarat Agung. Pemegang Amanah yang telah dilantik adalah seperti berikut:

  • Y.Bhg. Datuk Yunos Abd Ghani (BSN)
  • YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail (MSNM)
  • Y.Bhg Dato' Hj.Ahmad Ishak (FAMA)