YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PEMBANGUNAN DIRI DAN SAHSIAH
PENDAHULUAN

Kejayaan bukan sahaja dilihat daripada pembangunan material yang baik tetapi juga dinilai dari sudut pembangunan intelektual dan lebih-lebih lagi dari sudut kerohanian yang menjadi asas kepada pembentukan peribadi cemerlang. Ini sangat diperlukan dalam usaha membentuk dan membina insan yang bertaqwa seterusnya beramanah dalam setiap kerja yang diberikan kepada mereka.
OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran bahawa potensi diri (hati, akal dan fizikal) menjadi sumber kejayaan dan kecemerlangan organisasi. Menanamkan keyakinan bahawa segala potensi diri harus diasaskan kepada ilmu, iman dan amal ke arah melahirkan individu yang kolektif dengan pembinaan spiritual, mental dan fizikal.
  • Melahirkan insan yang tinggi dengan semangat dan daya juang untuk bekerja bersungguh-sungguh dan bersedia menghadapi sebarang halangan serta persaingan. Berjiwa besar dan sentiasa berazam untuk mencapai kejayaan.
  • Menimbulkan kesedaran dikalangan kakitangan bahawa bekerja itu merupakan satu ibadah dan sudah pastinya diberi nilai yang tinggi di sisi Allah.
  • Menanamkan sikap berkerjasama di dalam melaksanakan tugas. Dengan ini akan melahirkan suasana kerja yang harmoni, aman dan gembira, saling bantu membantu antara satu sama lain dan kesannya akan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sesebuah organisasi.
KANDUNGAN
  • Mengenal Diri
  • Mengenal Potensi Diri
  • Menjana Motivasi Diri dan Kumpulan
  • Menyediakan Diri Menghadapi Cabaran
  • Menerap Nilai-nilai Murni
  • Kerja Berpasukan
  • Kematangan Emosi
  • Amanah dan Tanggungjawab

PESERTA

Kumpulan Sokongan

TAJUK : KURSUS PEMBANGUNAN DIRI DAN SAHSIAH
TARIKH : 26 - 27 MAC 2019
Tempat : KUALA LUMPUR
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA
.
Tanpa Penginapan
AHLI 
RM600.00
B/AHLI 
RM700.00
 
* Tanpa Penginapan : Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja 
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN :

 

Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN Akaun CIMB Bank PWTC: 8000630086

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 12 MAC 2019
CARA MEMOHON : Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my / e-mail- pbbbm@yahoo.com
Borang Penyertaan